Kenangan Terindah

Kenangan Terindah

design

Time..!!

Selasa, 1 Disember 2009

Hari Bersejarah


Assalamualaikum....lama tak update blog....ni nak cite sikit.....mula je cuti sekolah hari tu....hari ini dalam sejarah...anak2 ku telah dikhatankan....bermulalah satu peredaran alam kanak2 menuju ke satu alam yang dinamakan alam remaja...(walaupun masih nampak keanak2kan lagi) Tanggal 21 November 2009 bersamaan 4 Zulhijjah 1430 maka selamatlah anak2 bujang ku melalui 1 lagi peredaran alam baru.....
Seawal pagi lagi aku & family bersiap2 untuk ke Hospital Pakar Seremban KPJ. Untuk pengetahuan semua...anak2 ku telah menyertai program berkhatan beramai2 di KPJ (seramai 40 org). Dengan harapan dengan adanya kawan2 yg lain, akan menguburkan rasa ketakutan mereka. Ku lihat mereka begitu semangat utk berkhatan biarpun hati digodak rasa gementar..."Budak lelaki tak boleh takut" itulah kata2 semangat yg sering kuingatkan kepada mereka...agar menjadi satu benteng utk mereka sentiasa kelihatan tenang.

kek yang ku tempah khas utk Aiman Haziq dan Akmal Haffie.....

Di awal pagi peserta berkhatan telah diarahkan utk beratur sebelum majlis bermula

Biarpun kata2 semangat telah kuhembuskan kepada mereka....tetapi riak wajah dan air muka kegusaran dan kebimbangan tidak dapat dilindungi.....(rasa nak hantar mereka pergi berperang lah pulak)
Sebelum bermulanya majlis tepung tawar/merenjis....pengurus besar KPJ telah memberi kata2 aluan sebagai pembuka majlis...
Seronoknya bila direnjis dengan dihujani bunga rampai......terasa ada mempelai yang diraikan....

semua ibu bapa turut serta merenjis.......termasuk suamiku yang begitu teruja untuk menaburkan bunga rampai.....
sekadar gambar hiasan sahaja...
Tidak habis disitu sahaja...kami semua dihidangkan dengan persembahan nasyid oleh staf KPJ sendiri......dengan alunan dan puji-pujian kepada Allah, agar memberkati majlis ini.
Habis sahaja acara di dalam kami diarahkan pula keluar dari bangunan utuk menyertai 1 lagi program yang telah diaturkan.....bersiap sedia pula untuk diarak beramai2 dengan pukulan kompang......
Sebelum itu anak2 telah dihidangkan dengan pancak silat yang mengambarkan kekuatan dan ketangkasan seseorang yang bernama lelaki....sungguh unik sebenarnya budaya melayu ni....disebalik sesuatu perbuatan itu ada satu mesej yg ingin disampaikan....betul tak....

Paluan kompang begitu indah beserta nyanyian sebagai bunga2 dari paluan yang di alunkan....hehehe macam penganalisa kebudayaan....
Tibalah masa yang ditunggu2.....acara bermain air....ni satu lagi ...simbolik bagi org yg ingin dikhatankan.....kata org2 tua dulu...."berendam dlm sungai tu...biar sampai kembang...bila dah kembang baru lah senang nak potong" hehehe....lucukan bila denga....kalau dulu berendam dlm sungai...tapi sekarang mana ada sungai lagi....alih2 bomba yang kena ambil alih sungai.....
Dengan pancutan air dari pili bomba tu (agak kuat gak tekanan air) dapat menghilangkan rasa gementar anak2 ku....terlupa sementara rasa takut.....setelah dinodai dengan kegembiraan bermain air.....biasalah budak2 bila nampak air...hilang akal dibuatnya...sampai susah nak berhenti.....apa2 pun gembira dahulu sebelum sakit....
agak2 nya kembang tak....? #%& tu.....rasanya kecut adahlah...hehehe
Hah time ni tengah menunggu giliran utk dipanggil mengadap .....dr. lah......
Orang kata anak nak berkhatan tapi mak dia yang lebih...."hah betullah kata2 tu" Tuhan je tahu hati dan perasaan ku....gedebak gedebuk....jantung ni...padahal nak sunat je....takutnya ngalahkan nak bersalin pulak...Alhamdulillah anak pertama ku selamat menjalaninya..."abang dah remaja" tak sangkakan,aku bagai kan bermimpi anak2 yang kecil telah membesar tanpa kusedari.......
ini pula ank kedua ku....Haffie...begitu teruja sekali bila melihat kan dia....dalam hati tuhan je yg tahu...
rileks je ............tak sakit....katanya
tak sakitlah kot.....macam tak de apa2 je kan....almaklumlah dah bius...
Bergambar di pintu kecemasan...titipan kenangan yang amat bersejarah utk Haziq & Haffie...pahatkan di jiwa sematkan dihati...saat di khatankan.....menjadi seorang islam sejati....saat di ijab kabulakan...(eh belum lagi...)
Semoga kamu menjadi anak yang soleh, bertanggungjawab taat kepada ibu dan bapa.....hadapi hari2 yang mendatang dengan penuh ketakqwaan, keimanan dan keredhaan...utamakan pelajaran sebagai tiket untuk kejayaan....kebahagiaan kalian menjadi pelengkap dalam kehidupan mama dan ayah....sebelum terpejam mata.....amin...

1 ulasan:

dalla berkata...

best tuhh..ada part sembur2

Related Posts with Thumbnails